Admin, Selasa 25 Januari 2022
Pada Mei lalu, Mazda telah mengumumkan model CX-3 (dan Mazda 6 sedan) akan ditamatkan jualannya di Amerika Syarikat, dan nampak gayanya keputusan yang sama juga akan dilaksanakan di Eropah. Menurut laporan majalah Auto Katalog, yang memetik kenyaraan Pengurus PR Mazda Poland, Szymon Soltysik, yang berkata, pelanggan yang berminat untuk membeli CX-3 “perlu pantas berbuat demikian.”
Malahan, Mazda Jerman turut mengesahkan pada Motor1 bahawa produksi bagi CX-3 di pasaran Eropah akan berakhir pada Disember ini. Walau bagaimana pun, tidak bermakna pasaran lain juga akan berhenti menjual CX-3, yang pertama kali diperkenalkan pada November 2014.
Di Jepun, crossover segmen-B tersebut baru saja menerima sedikit naik taraf termasuk memperkenalkan spesifikasi “Super Edgy” baharu. Di sini pula, CX-3 telagh menerima sedikit rombakan spesifikasi dengan menambah i-Activsense, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay serta menawarkan pilihan warna baharu.
Berita mengenai CX-3 yang bakal ditamatkan jualannya di Eropah dan Amerika Syarikat bukanlah suatu isu besar, memandangkan model yang lebih besar (dan lebih baru) CX-30 masih dijual di sana. Pada masa akan datang, Mazda juga akan melancarkan lima lagi model untuk barisan SUV, termasuk CX-50 hingga ke CX-90.
Gimana pendapat sobat ?
Promo Mobil Baru DP & Angsuran Ringan Semua Bisa Miliki Mobil Baru
Urusan Mobil baru OTR.ID aja!